27 November 2014 10:45

Login

PORTAL E-EPP4

SELAMAT DATANG KE PORTAL E-EPP4



 

Pengenalan

Industri sawit  telah dikenalpasti oleh kerajaan sebagai salah satu sumber ekonomi yang berkeupayaan untuk menjana tambahan kepada pendapatan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dengan pendapatan berkapita mencecah RM48,000  pada tahun 2020. Pendapatan daripada sektor kelapa sawit dijangka mencecah RM178 bilion dimana sumbangan daripada EPP4 dianggarkan sebanyak RM13.7 bilion dan menyediakan 10,000 peluang pekerjaan.

 

EPP4 – Meningkatkan Kadar Perahan Minyak (OER)

Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan telah diberi mandat untuk menjalankan program meningkatkan kadar perahan minyak (OER) kepada 23% menjelang tahun 2020. Pada tahun 2011 sasaran OER nasional adalah 20.75% berbanding 20.45% pencapaian OER pada tahun 2010.

 

 

Strategi Pelaksanaan EPP4

    • Meningkatkan kualiti BKS di pintu kilang dengan bantuan Pegawai MPOB
    • Menguatkuasakan penggredan ke atas BKS yang diterima berdasarkan Garispanduan Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB
    • Kilang buah dan peniaga buah dimestikan melantik Penggred yang kompeten dan diiktiraf oleh MPOB.
    • Harga BKS hendaklah dibayar menurut kualiti BKS diterima.
    • Meningkatkan kecekapan proses mengilang.